Expired : 18.06.18

Ribut tropika Pabuk: Penduduk Kelantan disaran solat hajat


KOTA BHARU, 26 Rabiulakhir 1440H, Khamis – Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah mengajak semua penduduk untuk melakukan solat hajat berikutan amaran ribut tropika Pabuk yang dikatakan akan melanda negeri itu.


Beliau berkata, solat hajat itu adalah sebagai usaha bagi memohon doa agar penduduk di Malaysia khususnya di Kelantan, tidak akan ditimpa bencana.


Katanya, sebelum ini kerajaan negeri telah menggerakkan usaha dengan mengadakan solat hajat di beberapa kawasan.


“Ini antara usaha yang kita boleh buat, sebab ribut merupakan tanda kekuasaan Allah dan kita berharap ia tidak akan mengundang bencana.


“Saya harap penduduk dapat mengehadkan aktiviti di pantai dan memastikan keselamatan diri dan keluarga,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.


Fenomena cuaca berikutan ribut tropika Pabuk boleh menyebabkan hujan lebat, angin kencang melebih 50 kilometer sejam dengan ketinggian ombak melebih 3.5 meter di perairan Terengganu, Kelantan dan Pahang.


Terdahulu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, ribut itu dijangka berlarutan sehingga esok.


“Sedikit kesan telah kita alami di kawasan pinggir pantai di sebahagian besar negeri Terengganu ini, membawa ke utara Terengganu,” katanya.


The post Ribut tropika Pabuk: Penduduk Kelantan disaran solat hajat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop