Expired : 18.06.18

Ribut Tropika Telah Sampai Ke Pantai Timur. Rakaman Menunjukkan Keadaan Ombak Memukul Pantai Yang Memang Menakutkan

KUALA TERENGGANU – Terengganu dijangka mengalami hujan lebat sehingga esok (3 Januari) ekoran ribut Tropika Pabuk yang kini berada di perairan Laut China Selatan.


Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) dalam satu kenyataan berkata, ribut Tropika Pabuk kini berada di kedudukan 5.8°U 108.6°T dan dijangka bergerak 15 kilometer sejam ke arah barat.



Keadaan itu boleh menyebabkan hujan lebat, angin kencang melebihi 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ketinggian ombak melebihi 3.5 meter di perairan Terengganu, Kelantan dan Pahang.


“Jarak ribut ini dari Bandar Kuala Terengganu adalah 612 kilometer dan Kota Bharu pula adalah 697 kilometer,” kata kenyataan itu. Ko


Sementara itu, Pengarah Pejabat Meteorologi Terengganu, Rosli Zakaria berkata, angin kencang yang dijangka melebihi 40 kilometer sejam boleh mengakibatkan kerosakan kepada struktur binaan yang tidak kukuh dan risiko pokok tumbang.


Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya lebih berwaspada ketika melakukan aktiviti di luar rumah.


“Bagi mereka yang mempunyai bangunan berstruktur tidak kukuh, kita harap mereka boleh ambil langkah sewajarnya,” katanya. – Sumber Artikel : Sinar Harian


Keadaan Pantai Timur Setelah Tibanya Ribut Tropika


Rakaman dari tinjauan tempias Ribut Tropika Pabuk di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu



Jangan jadikan pantai sebagai pesta ombak besar, angin kencang


Jangan jadikan pantai sebagai pesta ombak besar, angin kencang

KUALA NERUS: Jangan jadikan kawasan pantai sebagai tapak pesta untuk melihat ombak besar dan angin kencang yang melanda negeri Terengganu ketika ini.


Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata orang ramai juga diminta tidak melakukan sebarang aktiviti di sepanjang kawasan pantai dalam tempoh amaran Ribut Pabuk tersebut.


Menurut Che Adam, peringatan itu bagi menggelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku termasuk kecederaan akibat di hempap dahan pokok dan sebagainya.


“Semua komuniti atau penduduk diminta supaya tidak berada di kawasan pantai dalam tempoh yang mana ribut siklon tropika ataupun Ribut Pabuk ini berlangsung dalam tempoh dua hingga tiga hari ini.


“Kita jangkakan mungkin berlarutan sehingga 3hb ataupun 4hb (Januari) yang mana sedikit kesan telah kita alami di kawasan pinggir pantai di sebahagian besar negeri Terengganu ini, membawa ke utara Terengganu,” katanya ketika ditemui Astro AWANI pada Rabu


Tambah Che Adam, pihaknya khuatir boleh berlaku sebarang implikasi ataupun musibah yang boleh menyebabkan kecederaan ataupun kemalangan seperti struktur binaan yang agak rapuh boleh runtuh atau objek ringan boleh berterbangan dan mendatangkan bahaya.


Fenomena cuaca berikutan ribut tropika Pabuk boleh menyebabkan hujan lebat, angin kencang melebih 50 kilometer sejam dengan ketinggian ombak melebih 3.5 meter di perairan Terengganu, Kelantan dan Pahang. – Sumber Artikel : Astro Awani


 Rakaman keadaan di Pantai Cahaya Bulan pukul 8 pagi tadi, 3hb Jan 2019. kesan daripada tempias Ribut Tropika ‘Pabuk’



Video Kredit: Wan Surfcaster


Norlida Ishak Shop