Expired : 18.06.18

Richarlison menakjubkan

DUA gol Everton pada separuh masa kedua hasil gerakan menarik Richarlison dan keazaman tinggi Dominic Calvert Lewin membolehkan mereka mencatat kemenangan 3-1 ke atas Crystal Palace di Goodison Park hari ini.


Kemenangan ini juga membolehkan Toffees melonjak ke tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris (EPL).


Everton berada di depan hasil jarangan pembukaan Bernard pada minit ke-18 namun Christian Benteke berjaya menyamakan kedudukan apabila meledak gol pertamanya bersama Palace sejak April lalu di minit ke-51.


Tujuh minit kemudian Richarlison membawa bola dari tengah padang, sebelum masuk ke dalam petak penalti dan merembat kencang untuk meraih gol kesembilan musim ini.


Kemenangan Everton disahkan melalui gol ketiga pada minit ke-88 selepas melakukan penyudah susulan daripada tandukan Richarlison yang terkena palang.


Everton memungut 36 mata daripada 26 perlawanan, satu mata di belakang tempat kelima yang dihuni Tottenham Hotspur.


“Apa yang menarik hari ini adalah keputusan yang dicatatkan, kerana prestasi kami tidak berapa bagus.


“Ia perlawanan yang sukar. Kami tidak mampu untuk mengekalkan intensiti. Serangan balas pantas Richarlison sangat menakjubkan dan kami menang disebabkan gerakan ini,” kata pengurus Everton, Carlo Ancelotti


Palace berada di tangga ke-14 dengan memungut 30 mata daripada 26 perlawanan, enam mata di atas zon penyingkiran.