Expired : 18.06.18

Rihana Dedah Terpaksa Jual Cincin Kahwinnya Dengan Lebih Murah Bagi Menampung Bil Perubatan

Bekas ratu cantik Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko yang berkahwin dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V kali ini mendakwa beliau terpaksa menjual cincin kahwinnya.


Daily Mail melaporkan, cincin bernilai 203,000 Pound (kira-kira RM1.05 juta) itu terpaksa dijualnya selepas ditinggalkan baginda ketika sedang mengandung 4 bulan.


Oksana berkata, dia sangat terdesak dan memerlukan wang tunai untuk menampung bil perubatannya di Switzerland apabila dia hampir kehilangan bayi yang dikandungnya.


rihana gadai cincin kahwin


Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra yang dilahirkan pada 21 Mei kini berusia 4 bulan berdepan beberapa komplikasi ketika berada di dalam kandungan lagi.


Sehubungan itu Oksana mendakwa terpaksa menjual cincin rekaan Jacob Arabo yang pernah dipakai oleh Victoria Beckham tiga kali kurang daripada nilai asalnya.


Rihana turut menuduh Sultan Muhammad mengabaikan tanggungjawabnya sebagai bapa hingga memaksa dia menjual barang kemas berkenaan jauh lebih murah dari nilainya untuk menanggung bil perubatan ketika melahirkan Tengku Ismail Leon Petra.


Saya tidak mahu menyebut berapa harganya, tapi ia (cincin) dijual tiga kali lebih rendah daripada nilainya.


Terdahulu, Rihana mendakwa dia dan anaknya sudah tidak bertemu dengan Sultan Muhammad V sejak Disember tahun lalu. Rihana turut mendakwa baginda seolah cuba bersembunyi daripadanya.


rihana gadai cincin kahwin untuk bayar bil perubatan


Minggu lalu, Rihana didakwa menuntut sebuah rumah agam bernilai £8 juta (RM41.2 juta) berserta nafkah anaknya sebanyak £24,000 (RM123,694) sebulan.


Sumber: Daily Mail


Norlida Ishak Shop