Expired : 18.06.18

Ringgit kekal RM4.18 berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR, 23 Safar 1440H, Khamis – Ringgit dibuka tanpa mencatatkan perubahan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini memandangkan pelabur menunggu Belanjawan 2019 yang akan dibentangkan esok.


Pada 9 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.1830/1860 berbanding dolar AS sama seperti ketika ditutup semalam.


Peniaga berkata, belanjawan itu penting kepada pelabur kerana ia akan menetapkan dasar kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan.


“Ia merupakan belanjawan pertama kerajaan baharu. Oleh itu, para pelabur ingin melihat prospek yang akan ditumpukan kerajaan,” katanya.


Beliau juga berkata, penurunan harga minyak mentah disebabkan peningkatan bekalan dan kemungkinan perang perdagangan AS-China memberi kesan kepada pasaran bahan api telah mengurangkan minat terhadap ringgit, memandangkan mata wang itu amat bergantung kepadanya.


Pada 9 pagi, minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras mencecah US$74.72 berbanding US$76.31 setong semalam.


Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.


Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0215 / 0243 daripada 3.0176 / 0209 pada Rabu serta naik berbanding euro kepada 4.7377 / 7427 daripada 4.7414 / 7465.


Mata wang tempatan rendah berbanding pound Britain kepada 5.3731 / 3790 daripada 5.3262 / 3317 dan lemah berbanding yen kepada 3.7080 / 7117 daripada 3.6969 / 6005. – Bernama



The post Ringgit kekal RM4.18 berbanding dolar AS appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop