v Risteena Munim Akui Tahu Jaga Batas Sebagai Tunang Orang
Expired : 18.06.18

Risteena Munim Akui Tahu Jaga Batas Sebagai Tunang Orang

menyatakan tunangnya, Isa Khan yang juga seorang aktor tidak pernah meletakkan sebarang syarat untuk dirinya terus berlakon, pelakon Risteena Munim akui tahu untuk menjaga batas pergaulan demi kebahagiaan hubungan mereka.

risteena tahu jaga batas pergaulan

Menurut Risteena, beliau akan memilih naskah yang sesuai unuk menjalani penggambaran dan mendapatkan persetujuaan daripada Isa juga sebelum menerima sebarang tawaran berlakon.

“Isa tak pernah meletakkan apa-apa syarat dekat saya. Tapi saya sendiri yang tahu jaga batas sebagai tunang orang dan selepas ni akan bergelar seorang isteri.”

risteena tahu jaga batas pergaulan

Bercakap mengenai norma baharu, Risteena dikhabarkan lebih selesa untuk menyediakan barang penggambaran sendiri dari rumah.

“Untuk barang-barang penggambaran saya lebih memilih sediakan sendiri. Daripada barang solekan termasuk dengan wardrobe semua bawa sendiri. Kita kena lebih berhati-hati sebab pandemik ini belum lagi pulih.”

Untuk rekod, Risteena sebelum ini telah selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasih hati Isa pada 23 November 2019 di Bali, Indonesia.

risteena tahu jaga batas pergaulan

Hubungan mereka mula dihidu netizen, namun masing-masing mengunci mulut sebelum mengesahkan status perhubungan mereka menerusi satu sidang media pada 6 Disember tahun lalu.

Malah pasangan ini juga turut merancang untuk melangsungkan perkahwinan mereka sekitar hujung tahun ini.

Sumber: Gempak