Expired : 18.06.18

RM5 Juta Tawaran Beli Proton 1 Sultan Johor. Rupa2nya Ini Sebab Mengapa Jutawan Ini Sanggup Beli Dengan Harga Tersebut

KUALA LUMPUR 12 Jan. – Seorang ahli perniagaan sanggup menawarkan RM5 juta untuk membeli kereta Proton Saga generasi pertama dengan nombor pendaftaran Proton 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar jika ia ‘dilelong’.


Tawaran itu dikongsi melalui satu hantaran di Facebook milik ahli perniagaan Datuk Seri Zaienal Abidin.


Ketika dihubungi Zaienal bagaimanapun tidak mendedahkan nama ahli perniagaan yang membuat tawaran itu, tetapi menjelaskan nilai RM5 juta itu berdasarkan kepada nilai kereta nasional pertama itu.


Katanya, kereta itu mempunyai nilai sentimental dan sejarah yang sangat tinggi kerana bukan sahaja kereta nasional keluaran Proton yang pertama dengan nombor pendaftaran Proton 1, tetapi juga kerana individu-individu yang pernah menggunakan kereta itu.


“Proton 1 ini telah dipandu oleh dua orang sultan, iaitu Almarhum Sultan Iskandar dan Sultan Ibrahim, dan dinaiki oleh ‘dua’ perdana menteri, iaitu Perdana Menteri Keempat dan Perdana Menteri Ketujuh iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad,” katanya.


Oleh itu katanya, tawaran harga RM5 juta itu adalah wajar.


Proton 1 milik SUltan Johor itu menjadi perhatian dan perbualan apabila Sultan Ibrahim sendiri memandu ketika baginda menghantar Dr. Mahathir ke lapangan terbang selepas pertemuan antara kedua-duanya baru-baru ini.


Sumber- UTUSAN ONLINE


Sultan Johor hantar Tun Mahathir ke lapangan terbang naik Proton Saga vintaj


JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kagum dan memuji ketahanan kereta buatan Malaysia, Proton Saga.


Tun Mahathir dihantar oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai Johor selepas sesi pertemuan selama 90 minit berlangsung bersama baginda di Istana Bukit Serene.


Kereta Proton Saga biru yang dipandu sendiri Sultan Ibrahim itu adalah pemberian Tun Mahathir kepada Almarhum Sultan Iskandar ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong.


“Kereta ini masih berada dalam keadaan baik, malah tidak mengalami sebarang masalah sepanjang 22 kilometer perjalanan dari Istana Bukit Serene ke lapangan terbang.


“Sudah berusia 34 tahun dan sudah menempuh perjalanan 22,000 kilometer tapi masih mampu berfungsi dengan baik,” kata Tun Mahathir


Tambah beliau lagi, kereta nasional itu dahulu hanya berharga RM17,000.


Terdahulu, Tun Mahathir memenuhi jemputan Sultan Johor di Istana Bukit Serene.


Ini adalah pertemuan pertama antara mereka selepas Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan negara.


Sumber: Astro Awani


Norlida Ishak Shop