Expired : 18.06.18

RM567 Juta Subsidi 58,118 Jemaah Rayuan, Pengiring





Apr 9, 2019

0 Comments







KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) telah menanggung subsidi haji berjumlah RM576.38 juta untuk 58,118 jemaah haji rayuan termasuk pengiring yang menunaikan haji kali pertama secara muassasah bagi tempoh lima tahun lepas (2014-2018).


Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan jawapan bertulis itu bertarikh 8 April di Dewan Rakyat bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) yang ingin tahu jumlah subsidi kerajaan kepada pengiring jemaah haji dan jemaah yang berjaya untuk rayuan menunaikan haji kali pertama untuk lima tahun terakhir ini.


Pada 28 Februari lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa dilapor berkata TH akan menanggung semua subsidi bagi jemaah haji muassasah kali pertama termasuk yang membuat rayuan untuk menunaikan haji tahun ini.


Mujahid berkata, keputusan itu dicapai selepas beberapa perbincangan bersama Lembaga Pengarah TH yang dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek termasuk keupayaan dan kedudukan unjuran kewangan TH bagi tahun 2019.




Kos tanggungan TH untuk musim haji tahun ini ialah kira-kira RM400 juta, dengan subsidi yang ditanggung TH ialah RM12,920 daripada kos haji pada tahun ini iaitu RM22,900 untuk setiap jemaah, menjadikan jemaah haji kali pertama hanya perlu membayar RM9,980.





Loading...








Artikel Berkaitan



Norlida Ishak Shop