Expired : 18.06.18

RM90 juta: SPRM siasat PAS


KUALA LUMPUR, 1 Jamadilakhir 1440H, Rabu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin PAS.


Menurut sumber, kertas siasatan berhubung kes berkenaan telah dibuka selepas SPRM menerima laporan daripada pihak polis berhubung isu berkenaan petang semalam.


“Beberapa individu termasuk yang berkaitan dalam isu ini akan dipanggil SPRM dan kami meminta semua pihak bersabar serta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes berkenaan,” katanya kepada Bernama hari ini.


Sumber berkata, siasatan akan dibuat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.


Sebelum ini, artikel yang dilapor oleh Sarawak Report pada Ogos 2017 antara lain mendakwa dana berjumlah RM90 juta ‘dipercayai’ dimasukkan ke dalam akaun bank pimpinan atasan PAS bagi menarik mereka supaya menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN).


Sabtu lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan untuk menyelesaikan kes saman terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown di luar Mahkamah Tinggi London.


Setiausaha Politiknya, Syahir Sulaiman berkata, keputusan itu dibuat Abdul Hadi setelah meneliti keseluruhan tindakan mahkamah yang telah difailkan terhadap Clare Rewcastle Brown dari semua aspek, dan juga setelah mempertimbangkan pandangan serta nasihat peguam.


“Adalah dimaklumkan bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat ketetapan untuk memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah, melalui Perintah Persetujuan bertarikh 1 Februari 2019, di Mahkamah Tinggi London,” katanya.


Kes Presiden PAS, editor Sarawak Report selesai luar mahkamah


The post RM90 juta: SPRM siasat PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop