Expired : 18.06.18

RM900 sebulan elaun latihan amali kerajaan


BANGI, 14 Zulhijjah 1440H, Khamis – Kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar elaun latihan amali di kementerian, agensi atau jabatan kerajaan daripada RM300 sebulan kepada kira-kira RM900 sebulan.


Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat khas Kabinet bagi membincangkan isu anak muda, hari ini.


“Alhamdulillah kerajaan bersetuju menaikkan kadar elaun bagi latihan amali daripada RM1.60 sejam ke RM5 sejam, peningkatan lebih 3 kali ganda. Iaitu mungkin sebelum ni RM300 sebulan, manakala kini anggaran rm900 sebulan


“Ini merupakan penambahbaikan yang sangat baik. Sebelum ini, daripada tiada pembayaran langsung ke RM15 sehari dan sekarang ke rm45 sehari.


“Insya-Allah sekarang kita akan berkerja lebih kuat untuk anak muda di Malaysia,” kata dalam video pendek berdurasi 1 minit 2 saat yang dimuatnaik ke laman sosial Twitter, hari ini.


Terdahulu, Kementerian Belia dan Sukan mengemukakan cadangan supaya penuntut institusi pengajian tinggi yang menjalani latihan amali di industri mendapat bayaran elaun.


Syed Saddiq berkata, cadangan itu penting berikutan terdapat ramai pelajar tidak mendapat bayaran dari tempat latihan amali mereka.


The post RM900 sebulan elaun latihan amali kerajaan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop