Expired : 18.06.18

Rogol mayat remaja 13 tahun

BANTEN: Seorang remaja berusia 13 tahun mati dalam keadaan kejam malah mayatnya turut dirogol tiga lelaki yang menyerangnya di Lebak, Banten.


Mangsa dari suku etnik Baduy itu pergi ke kebun dijaga keluarganya bersama abangnya pada jam 1 petang pada 30 Ogos lalu sebelum dia ditinggalkan bersendirian kerana abangnya mahu memburu burung, lapor Tribunnews.


Mayat mangsa ditemui dengan kesan kelaran pada wajah, leher, pergelangan tangan dan kaki. Siasatan polis turut mendapati kesan air mani pada mangsa seterusnya dia disyaki dirogol sebelum dibunuh.


Bagaimanapun, penahanan tiga remaja lelaki berusia 15 hingga 19 tahun membongkar kisah sebenar apabila mereka mengakui mangsa sebenarnya sudah meninggal dunia ketika dirogol.


Kompas memetik Ketua Polis Banten, Novri Turangga berkata, tiga suspek itu memang berniat merogol mangsa, malah sudah memutuskan siapa yang akan melakukannya dulu.


Suspek pertama berusia 19 tahun dilaporkan menghampiri mangsa yang sedang memotong kayu api kononnya untuk meminjam parang sebelum menyerangnya.


Gadis itu melawan suspek yang memegang parang menyebabkan kedua-dua tangannya cedera, namun mangsa tetap tidak henti menjerit dan cuba mempertahankan diri.


Ketika itu, suspek menetak leher mangsa menyebabkannya mati sebelum terus merogolnya, kata Novri.


Norlida Ishak Shop