Expired : 18.06.18

RON95 Dan RON97 Turun 27 Sen

PUTRAJAYA 4 Jan. – Penetapan harga runcit produk petroleum dilaksanakan secara mingguan mulai 12 tengah malam ini dengan harga RON95 serta RON97 diturunkan sebanyak 27 sen menjadi RM1.93 dan RM2.23 seliter, manakala harga diesel turun 14 sen menjadi RM2.04 seliter.


 


Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, harga runcit produk petroleum akan diselaraskan semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), sejajar dengan trend penurunan harga minyak di pasaran dunia pada ketika ini.


“Pengumuman harga runcit akan dibuat pada hari Jumaat setiap minggu dan berkuat kuasa mulai hari Sabtu sehingga Jumaat. Perlu ditegaskan bahawa harga baharu ini mengambil kira tambahan komisen atau margin pengusaha stesen minyak yang diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lalu.


“Keputusan pelarasan semula harga runcit produk petroleum ini juga telah pun mengambil kira pandangan semua pihak yang terlibat, termasuk permintaan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – Utusan



Norlida Ishak Shop