Expired : 18.06.18

RON97 kekal RM2.50


KUALA LUMPUR, 6 Muharram 1441H, Jumaat – Harga runcit RON97, RON95, dan diesel kekal sama seperti minggu ini bagi tempoh 7 September hingga 13 September.


Kementerian Kewangan, dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON97, petrol RON95 dan diesel, masing-masing kekal pada RM2.50, RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh berkenaan.


“Anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan dalam tempoh 7 September hingga 13 September adalah berjumlah RM52.61 juta,” kata kenyataan itu.


Berdasarkan pengiraan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu sepatutnya RM2.20 dan RM2.26 seliter masing-masing.


Namun, harga runcit kedua-dua produk tersebut dikekalkan bagi tempoh berkenaan selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat, jelas kenyataan itu. – Bernama


The post RON97 kekal RM2.50 appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.