Expired : 18.06.18

RON97 turun 5 sen


BANGI, 8 Zulhijjah 1440H, Jumaat – Harga runcit bagi minyak petrol RON97 turun sebanyak lima sen seliter daripada RM2.54 seliter kepada RM2.49 seliter bagi tempoh 10 Ogos sehingga 16 Ogos 2019.


Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh sama.


“Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.19 seliter dan RM2.28 seliter masing-masing.


“Ini menunjukkan penurunan daripada minggu lepas di mana harga runcit produk petrol RON95 berada pada paras RM2.24 seliter dan diesel pada RM2.33 seliter.


“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” katanya.


Dalam kenyataan sama, kementerian itu berkata, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh berkenaan adalah berjumlah RM59.28 juta.


The post RON97 turun 5 sen appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop