Expired : 18.06.18

Rosyam mengaku tak milik 100 peratus saham ST Rosyam Mart


KUALA LUMPUR, 29 Rabiulakhir 1440H, Ahad – Pelakon popular dan ahli perniagaan, Datuk Rosyam Nor, 51, menafikan dirinya adalah ‘barua’ peniaga Cina dalam perniagaan pasar raya ST Rosyam Mart.


Rosyam berkata, beliau marah dengan tuduhan liar yang dilemparkan, kononnya beliau hanya orang tengah kepada kaum Cina, dan mendedahkan beliau memegang 10 peratus saham dalam syarikat itu.


Rosyam mengaku saham syarikat berkenaan turut dipegang oleh Pengarah Sri Ternak Group, Datuk Raymond Ho Cheng Hann sebanyak 89 peratus, manakala adiknya, Alan Ho Cheng Yek memiliki pegangan satu peratus.


“Memang saya marah atas tuduhan itu. Mereka bukan saja merosakkan reputasi perniagaan diceburi, tetapi nama baik saya sebagai selebriti.


“Biarlah mereka tak anggap saya tauke ST Rosyam Mart, tetapi menuduh saya sebagai barua amat keterlaluan,” katanya seperti dilapor media tempatan.


Susulan tuduhan itu, Rosyam semalam membuat satu laporan polis di Balai Polis Jalan Tun Razak, di sini


Pasar raya ST Rosyam Mart mula dibuka pada pertengahan tahun lalu di Setiawangsa.


Perniagaan itu mula dilanda spekulasi sejak Rabu lalu, apabila media sosial dihangatkan dengan dakwaan kononnya Rosyam bukan pemilik pasar raya tersebut, tetapi sekadar duta bagi sebuah perniagaan yang dikuasai kaum Cina.


The post Rosyam mengaku tak milik 100 peratus saham ST Rosyam Mart appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop