Expired : 18.06.18

Roti Gardenia Habis Stok Ini Respon Pengeluar

Roti Gardenia Habis Stok Ini Respon Pengeluar. Sejak beberapa hari selepas Perintah Kawalan Pergerakan di negara kita sudah mula timbul rungutan pengguna tentang stok roti Gardenia di pasaran.


Tidak kira di mana di Kuala Lumpur, di Johor Bahru dan banyak lagi daerah-daerah lain yang mengalami masalah untuk mendapatkan bekalan roti Gardenia ini.


Jadi apa sebenarnya yang terjadi di sebalik masalah ini. Jom kita dengarkan jawapan daripada pihak pengurusan Gardenia Bakeries.


Roti Gardenia Habis Stok Ini Respon Pengeluar
Roti Gardenia Habis Stok Ini Respon Pengeluar

Daripada Facebook : Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd [Official]


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Terima kasih kerana meluangkan masa menulis kepada kami mengenai situasi kehabisan stok produk Gardenia di kedai-kedai. Kami ingin memaklumkan bahawa buat masa ini pengeluaran roti di kilang-kilang Gardenia telah sampai ke tahap maksima. Oleh yang demikian, kami tidak dapat lagi menambahkan bekalan produk-produk kami di pasaran.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas kefahaman tuan/puan dan segala kesukaran yang timbul amatlah dikesali.

Sekian.