Expired : 18.06.18

Rumah panjang terbakar, 20 mangsa hilang tempat tinggal


MIRI, 10 Zulkaedah 1440H, Sabtu – Seramai 20 penghuni rumah panjang komuniti kaum Kenyah di Long Palai hilang tempat tinggal dalam kebakaran awal pagi tadi.


Ketua Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, maklumat awal yang diterima daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Long Palai pada 5.20 pagi menyatakan rumah panjang itu mempunyai enam bilik.


“Maklumat lanjut masih belum diperolehi kerana masalah komunikasi,” katanya dalam satu kenyataan.


Beliau berkata, bomba akan ke lokasi kejadian menggunakan helikopter hari ini.


Law berkata, jarak perjalanan ke lokasi kebakaran mengambil masa lebih lapan jam menggunakan jalan darat iaitu melalui jalan balak.


Katanya, kejadian kebakaran membabitkan rumah panjang pernah berlaku di Long Palai pada tahun 2017. – Bernama


The post Rumah panjang terbakar, 20 mangsa hilang tempat tinggal appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop