Expired : 18.06.18

Russia beri amaran ‘malapetaka’ di kem pelarian Syria


MOSCOW, 6 Syaaban 1440H, Jumaat – Russia memberi amaran mengenai bencana di sebuah kem pelarian yang dikuasai militan disokong Amerika Syarikat (AS) di timur laut Syria, dengan menyatakan angka kematian mencecah lebih 20 orang sehari, termasuk kanak-kanak dan wanita.


Jurucakap Pusat Perdamaian Syria Kementerian Pertahanan Russia, Mejar Jeneral Viktor Kupchishin berkata, pelarian Syria hidup menderita di kem al-Hawl di wilayah Hasakh.


“Seorang pelarian wanita yang berjaya melarikan diri  berkata, tujuh kanak-kanak meninggal minggu lepas kerana kekurangan makanan dan ubat-ubatan.


“Jumlah kanak-kanak yang meninggal di kem al-Hawl meningkat kepada 235 orang,” katanya.


 



 


Kupchishin menggesa pertubuhan antarabangsa mengambil langkah mengurangkan penderitaan pelarian yang tinggal di kem berkenaan.


Pada mulanya, kem itu hanya menempatkan kira-kira 10,000 pelarian, namun kini ia menjadi kem terbesar di pinggir Sungai Euphrates dengan lebih daripada 76,000 pelarian tinggal di sana.


Kupchishin berkata, Damsyik telah menawarkan skim penempatan semula dan tempat perlindungan sementara kepada pelarian Syria.


“Kerajaan Syria menawarkan jaminan keselamatan kepada mereka yang berpindah sementara dan prosedur mudah untuk memulihkan dokumen identiti mereka,” katanya.


Bagaimanapun, pasukan gabungan yang diketuai AS gagal bekerjasama dengan Damsyik dalam hal itu. -Agensi


The post Russia beri amaran ‘malapetaka’ di kem pelarian Syria appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop