Expired : 18.06.18

Rusuhan di kuil berpunca dari lemahnya ketegasan pemimpin Melayu


Oleh Siti Fatimah Ishak


BANGI, 20 Rabiulawal 1440H, Rabu – Rusuhan yang berlaku di kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya awal pagi Isnin lalu membuktikan betapa lemahnya pemimpin Melayu dalam kerajaan Pakatan Harapan, kata Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).


Ini kerana, mereka langsung tidak mampu untuk menenangkan keadaan, apatah lagi untuk bersuara tegas apabila ada pihak yang menuduh orang Islam melakukan rusuhan di kuil berkenaan, kata Exco Penerangan dan Kajiannya, Muslim Abdullah Zaik.


Justeru, beliau berkata, orang Melayu perlu melihat ini sebagai mesej jelas kepada mereka untuk segera bersatu melangkaui agenda politik kepartian dan wajib beragendakan ketuanan dan kedaulatan Melayu Islam.


“Perkara ini berlaku kerana Melayu selaku tuan tanah dilihat lemah. Boleh saya analogikan orang dagang, tetamu atau pendatang datang ke rumah kita.


“Namun kita tidak tegas dalam menentukan kerukunan dan ketuanan dalam rumah. Akibatnya semua akan besar kepala dan jadi tidak terkawal,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb.net hari ini.


Mengulas mengenai insiden rusuhan di kuil berkenaan, Muslim berkata, beberapa pemimpin parti cauvinis, DAP dan India perlu dipertanggungjawabkan.


Katanya, sebelum kejadian rusuhan, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Anthony Loke telah memfitnah orang Melayu yang menentang Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sebagai ekstremis.


Mereka juga menuduh orang Melayu yang membantah konvensyen berkenaan seperti mahu mengulangi peristiwa 13 Mei.


“Kemudian, kejadian yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman Seafield yang kemudiannya disemarakkan oleh hasutan dan fitnah Ganabatirau, Exco DAP Selangor apabila menuduh kumpulan Islam menyerang kuil.


“Saya yakin rusuhan yang berlaku ini adalah hasil hasutan mereka sama ada secara langsung atau tidak langsung. Mereka inilah penghasut yang mencetuskan kebencian dan permusuhan ke atas orang Melayu dan Islam,” katanya.


Melihat sikap kebiadaban pemimpin parti anti-Islam ini, Muslim berkata, kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad perlu memperbaiki semula keadaan dengan memecat semua nama-nama terbabit, walaupun agak mustahil untuk kerajaan merealisasikan perkara tersebut.


The post Rusuhan di kuil berpunca dari lemahnya ketegasan pemimpin Melayu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop