Expired : 18.06.18

Sabah catat IPU sederhana


KOTA KINABALU, 8 Muharram 1441H, Ahad – Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tujuh kawasan di Sabah dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan masih berada pada tahap sederhana setakat jam 5 petang ini.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Labuan ialah 84, diikuti Politeknik Kota Kinabalu (78) dan Kota Kinabalu (73).

Manakala bacaan IPU di Kimanis (72), Keningau (67), Sandakan (58) dan Tawau (55).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk laman web http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui tahap IPU terkini di Sabah. -Bernama


The post Sabah catat IPU sederhana appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop