Expired : 18.06.18

Safiey Illias Tidak Mahu Bertemu Dengan Mufti WP

Usahawan kosmetik, Safiey Illias akhirnya memberikan respon beliau mengenai jemputan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang ingin mengadakan pertemuan untuk berkongsi pandangan dan mahu membantu Safiey demi kebaikan bersama.



Kata Safiey, bukannya beliau tidak mahu bertemu dengan mufti tetapi beliau bimbang akan menerima kecaman dan dilabelkan sebagai penunggang agama ataupun sekadar ingin meraih publisiti murahan.



Masyarakat juga akan memberikan tekanan dan menjangkakan beliau akan kembali berubah kepada fitrah sebagai lelaki selepas bertemu dengan mufti.


Langkah untuk memulakan perubahan ada kalanya memang sukar. Kita doakan agar satu hari nanti pintu hati Safiey terbuka untuk bertemu dengan ilmuan agama itu.


Norlida Ishak Shop