Expired : 18.06.18

Sahlah Wujud ‘No Confident Vote’ Terhadap Bakal PM Ke-8

KUALA LUMPUR, 14 Feb – “Sahlah wujud ‘no confidence vote’ (undi tidak percaya) terhadap DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagai PM8 (Perdana Menteri Kelapan)”.



Ciapan Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa di Twitternya merujuk kepada kenyataan media terbaharu Presiden PKR itu yang secara jelas mengesahkan wujudnya usaha akuan bersumpah (SD) oleh ahli parlimen (MP) dari partinya sendiri menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad (TM) kekal sebagai Perdana Menteri.


“Dengan itu terjawablah bahawa sebahagian dari MP PH (Pakatan Harapan) yang mahukan TM teruskan hingga tamat penggal,” kata Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh.



Dilaporkan Anwar semalam, mengeluarkan kenyataan mengadakan perbincangan bersama Dr Mahathir berhubung isu peralihan kuasa berikutan terdapat tindakan wakil rakyat PAS, UMNO dan PKR yang dipercayai berusaha mendapatkan tandatangan menyokong kepimpinan Perdana Menteri sehingga akhir penggal.


Anwar dipetik berkata, beliau cenderung Dr Mahathir terus menerajui negara sehingga selesai Sidang Kemuncak APEC dan perkara ini akan dimuktamadkan pada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), 21 Februari ini. – UMNO Online