Expired : 18.06.18

Saifuddin gembira Belanjawan 2019 pentingkan rakyat

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail optimis dengan Belanjawan 2019 yang dilihat mengambil berat keperluan sara hidup rakyat.


Menurutnya, ia dapat dilihat menerusi inisiatif subsidi bersasar bahan bakar dan inisiatif Bantuan Sara Hidup yang selaras dengan janji manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 Pakatan Harapan.


“Saya anggap belanjawan ini melegakan kerana kerana ada keupayaan menampung susutan ekoran ketiadaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).


“Walaupun dalam bentuk dividen khas Petronas tetapi jumlah sebesar RM35 bilion itu kemudian digunakan untuk membayar balik hutang GST dan cukai pendapatan,” katanya di lobi Parlimen, lapor Selangorkini.


Dalam pembentangan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan kerajaan memperuntukkan RM240 juta untuk memperkenalkan pas bulanan RapidKL sebanyak RM100.


Lim turut mengumumkan pemansuhan tol motosikal di tiga laluan – di jambatan pertama dan kedua di Pulau Pinang serta lebuh raya laluan kedua di Johor.


Norlida Ishak Shop