Expired : 18.06.18

“Sakit tau, betul2 kena sondol..” – Sanggup korban nyawa, wartawan TV3 dendam dengan lembu liar!

Menggalas tugas sebagai seorang wartawan bukan satu perkara yang mudah. Selain perlu melengkapkan diri dengan pelbagai informasi terkini, mereka juga perlu bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Terutama ketika melaporkan berita seperti yang berlaku kepada seorang wartawan TV3, Juliana Sharin dalam segmen Aduan Rakyat di Buletin Utama baru-baru ini.

Apa yang berlaku kepada Juliana telah mengundang perhatian penonton apabila disondol oleh seekor lembu ketika sedang membuat sebuah liputan mengenai masalah lembu yang berkeliaran di Klang, Selangor.

Tak pasal2 wartawan ni kena tanduk dengan lembu…


Walau bagaimanapun, reaksinya yang terkejut selepas diserang lembu dan meneruskan laporan berita itu sangat mencuit hati serta kagum dengan cara ‘steady’ penyampaian wartawan tersebut.

Tonton video penuh :



Apa yang lebih menarik, Juliana dan suaminya juga turut sempat berseloroh di laman Facebook masing-masing mengenai insiden terbabit yang buat ramai netizen tidak kering gusi.

Sakit tau.. Saya dendam!



Kau tanduk bini aku! Kau lebih lembu…



Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur dengan paparan liputan berita yang mencuit hati itu.

Korbankan lembu tu buat golek, cicah ayaq asam…



Tuan lembu tu kena cari man…dia kot yang suruh pi tanduk Juju…





Terkeluaq suara jantan Kak Juju…



Mesti lembu jantan tu…



Walau bagaimanapun, kak Juliana ni memang terbaik! Walaupun ditanduk namun masih meneruskan liputan seolah-olah tiada apa yang berlaku. 
Sumber : Juliana Sharin , Herman Plani Syafrudin
Via : ohmymedia.cc

Norlida Ishak Shop