Expired : 18.06.18

Salakan anjing selamatkan bayi dicampak dalam tong sampah



KUALA LUMPUR, 20 Ramadan 1440H, Sabtu –  Salakan kuat anjing milik pengawal keselamatan membawa kepada penemuan seorang bayi masih bertali pusat yang dicampakkan ke dalam tong sampah di sini pagi ini.

 

Bayi  itu ditemukan di hadapan sebuah kedai serbaneka di Pandan Indah, kira-kira jam 6 oleh pengawal berkenaan ketika sedang membuat rondaan di sekitar kawasan itu. 

 

Menyatakan kejadian itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supt Mohd Zaid Hassan berkata, anjing itu secara tiba-tiba menyalak dengan kuat menyebabkan pengawal keselamatan itu terdorong menjengok sebuah tong sampah bila mendengar tangisan bayi.

 

“Bila diperiksa ada seorang bayi dan beliau terus menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan,” kata Mohd Zaid dalam satu kenyataan.

 

Beliau berkata, bayi yang masih bertali pusat itu kemudiannya dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan.

 

“Pemeriksaan doktor mendapati tiada sebarang kecederaan pada anggota badan bayi,” katanya sambil memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. – Bernama


The post Salakan anjing selamatkan bayi dicampak dalam tong sampah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop