Expired : 18.06.18

Salam Aidilfitri, Kemajmukan Perlihatkan Identiti Malaysia – Raime Unggi

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.Walillahilhamd


1. Kemajmukan memperlihatkan kepelbagaian berasaskan identiti setiap etnik.


2. Kepelbagaian menjurus kepada perbezaan yang wujud dalam sesebuah masyarakat yang kemudiannya menjadi cabaran kepada pembinaan identiti kebangsaan dan perpaduan nasional.



3. Matlamat membina sebuah masyarakat yang berasaskan negara Malaysia perlu seiring dengan perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik, terutama di negeri Sabah.


4. Setiap pemimpin di negara ini telah membentuk Malaysia atas semangat Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 telah merintis jalan perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan pelbagai kaum.


5. Gagasan Permuafakatan ini terus terpelihara dan dipertahankan untuk kekal sehingga kini.


6. Tidak seperti negara-negara jiran lain, Malaysia mempraktikkan cara dan acuannya yang tersendiri untuk membina perpaduan nasional dan membentuk identiti kebangsaan di samping memastikan hubungan antara kaum sentiasa terpelihara.


Yang Jauh Itu Waktu,

Yang Dekat itu Mati

Yang Besar itu Nafsu

Yang Berat itu Amanah

Yang Benar itu membuat Dosa

Yang Panjang itu Membuat Soleh

Yang Indah itu Saling Memaafkan

Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin


DATUK RAIME UNGGI

Ketua Penerangan UMNO Sabah


Norlida Ishak Shop