Expired : 18.06.18

Salam Takziah... Ibu Linda Rafar Meninggal Dunia




Asraf Aided



Hiburan

Salam Takziah... Ibu Linda Rafar Meninggal Dunia
Ibu kepada penyanyi Linda Rafar, Rasimah Abd Rahman telah menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital sebentar tadi.

Berita dukacita itu dikongsi Linda dan juga adiknya Diana di akaun Instagram (IG) masing-masing.

"Ya Allah Ya Tuhanku, ampuni dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berikanlah kesabaran kepada ahli keluarganya.

"Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman, amin," tulis Linda di ruangan IG Story.

Sementara Diana yang turut mengesahkan perkara itu turut berkongsi kedukaan di entri terbaru IGnya.

"Selamat tinggal mak...Moga Allah ampunkan segala dosa mak, tenanglah mak di sana ya.

"Kita semua sayang mak, Al-Fatihah untuk Rasimah Binti Abd Rahman," tulisnya sebagai kapsyen.
 




Terdahulu, difahamkan ibu Linda dan Diana dimasukkan ke hospital akibat mengalami jangkitan kuman di tangan kiri dan telah merebak ke dalam darah.
 

Norlida Ishak Shop