Expired : 18.06.18

Salun Kembali Beroperasi, Fikry Ibrahim Kenakan Caj Tambahan RM5

Pemilik salun Dashing Diva Putrajaya, Fikry Ibrahim bakal mengenakan caj tambahan RM5 untuk perkhidmatan yang diberikan berkuat kuasa Rabu ini.


salun fikry ibrahim


Perkara itu tercetus susulan perbincangan yang dibuat oleh Persatuan Penggunting Rambut Bumiputera Malaysia (MBBA) berikutan pengusaha difahamkan perlu menyediakan peralatan tambahan bagi menepati perintah yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).









Menurutnya, selain perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP)yang dikeluarkan, beliau juga akan memastikan keselamatan pekerja sentiasa terpelihara. Tambahnya lagi, memandangkan mereka akan bertemu pelanggan yang berbza setiap masa, maka setiap pekerjanya perlu menggantikan topeng muka secara kerap.


“Mungkin ia akan jadi beban buat sesetengah orang tapi kita harus ingat penggunaan segala alat itu amat penting dan menelan kos.”


salun fikry ibrahim


Ujar Fikry, selepas tiga bulan terjejas daripada segi pendapatan, dirinya kini bagai mampu menghembus nafas lega apabila kerajaan akhirnya membenarkan kedai gunting rambut beroperasi semula.


“Tipulah kalau saya katakan perniagaan selama tiga bulan ini tidak terjejas.”