Expired : 18.06.18

Sambut haji jadi ke-50 depan Kaabah, emosi Awie ‘tersentuh’

Penyanyi Datuk Awie Othman bimbang orang gelak jika beliau bercerita pengalaman beribadat di Mekah dan Madinah. — Foto oleh Mukhriz Hazim
Penyanyi Datuk Awie Othman bimbang orang gelak jika beliau bercerita pengalaman beribadat di Mekah dan Madinah. — Foto oleh Mukhriz Hazim

KUALA LUMPUR, 6 Dis — Perasaan penyanyi Datuk Awie Othman “tersentuh” ketika menyambut hari jadinya ke-50 pada hari Maulidur Rasul di depan Kaabah.

“Saya tak rancang pun sambut ulang tahun kelahiran di Mekah,” katanya yang “pergi diam-diam” untuk menunaikan umrah antara 18 hingga 24 November lalu.



“Saya bertahalul (bercukur) dan ia betul-betul hadiah besar buat saya. Sudah tentu perasaan saya tersentuh,” katanya, dikenali Awie, pelakon Hantu Kak Limah


Pada mulanya, penyanyi kumpulan rock Wings enggan berkongsi pengalaman “indah” beribadat di Mekah dan Madinah kerana beliau “bimbang dituduh riak”.



“Maklumlah... saya dicop jahat dan apabila bercerita hal baik, nanti orang gelak dan datangkan dosa kepada mereka,” kata penyanyi lagu “Intanku Kesepian”.


“Walaupun ini bukan haji, tapi apabila sampai di sana saya terus niat dan berdoa untuk dapatkan haji selepas ini,” katanya,


Mengakui “syahdu” ketika menjejak kaki ke Madinah, Awie bersyukur Allah mempermudahkan dirinya beribadat di kedua-dua tanah haram sepanjang tempoh itu.


Norlida Ishak Shop