Expired : 18.06.18

Samsung Galaxy Fold Habis Dipra-Tempah Di Malaysia

Samsung Malaysia telah pun membuka pra-tempahan untuk Galaxy Fold secara rasminya semalam, 9 Oktober 2019. Menariknya, telefon pintar dengan rekaan skrin boleh-lipat berkenaan habis dipra-tempah dengan cepat – sekaligus memperlihatkan permintaan yang tinggi untuk peranti berkenaan.



Galaxy Fold hadir dengan penggunaan skrin boleh-lipat untuk paparan yang lebih besar, selain penggunaan skrin kecil dibahagian luar. Ia menawarkan pengalaman yang unik, dan nampaknya ramai tidak ingin ketinggalan dalam mendapatkan peranti dengan bentuk penggunaan serba baru berkenaan.


Di Malaysia, Samsung Galaxy Fold ditawarkan pada harga RM8388. Memandangkan ia telah habis dipra-tempah, maka pengguna yang berminat mendapatkannya mungkin perlu nantikan pelancaran dan penjualan rasminya dalam masa terdekat ini.



Norlida Ishak Shop