Expired : 18.06.18

Samsung Galaxy M Akan Dilancarkan Di India Pada 28 Januari

Pasaran peranti kelas mampu milik kini didominasi oleh Xiaomi. Harga jualan peranti mereka jauh lebih mampu bilik berbanding pesaing sehingga berjaya memintas Samsung di India. Bagi mengembalikan semula pegangan pasaran mereka di India, peranti Samsung Galaxy M akan dilancarkan pada 28 Januari.


Galaxy M ialah kelas baru yang menggantikan Galaxy J dan Galaxy On sebelum ini. Ia akan menggabungkan spesifikasi kelas permulaan dan pertengahan dengan penawaran harga yang mampu milik. Dua peranti pertama yang bakal dilancarkan mungkin akan menggunakan nama Galaxy M10 dan M20. Memandangkan peranti Galaxy J sebelum ini memasuki pasaran Malaysia, terdapat kemungkinan besar Galaxy M turut akan ditawarkan di negara kita dalam masa terdekat.


Norlida Ishak Shop