Expired : 18.06.18

Samsung Galaxy S10 5G Menerima Skor DxOMark Sebanyak 112/97 – Mendahului Huawei P30 Pro (112/89)

DXOMark hari ini telah mengeluarkan skor terbaru untuk telefon pintar Samsung Galaxy S10 5G, dimana menariknya, telefon pintar dengan empat kamera belakang daripada Samsung menerima skor tertinggi dalam arena telefon pintar, iaitu 112.


DXO Galaxy S10 5GSkor yang diterima oleh Samsung Galaxy S10 5G ini adalah sebanyak 112 – sama seperti Huawei P30 Pro. Menariknya, telefon pintar ini turut menerima skor sebanyak 97 untuk rakaman swafoto, sekaligus mendahului Huawei P30 Pro yang menerima skor sebanyak 89 sahaja.


DxOMark mengatakan yang mana rakaman gambar Galaxy S10 5G adalah pantas dan menawarkan kadar jarak dinamik yang sangat jitu. Selain daripada itu, kesan hingar juga adalah sangat terkawal. Walaubagaimanapun, rakaman gambar zum memperlihatkan sedikit kehilangan hasil rakaman, selain terdapat sedikit kesan ghosting. Untuk rakaman video pula, ia dikatakan Galaxy S10 5G menawarkan sokongan rakaman 4K yang baik, penstabilan sangat efisien, selain sokongan autofokus pantas dan jitu.


Dengan skor yang tinggi ini, ia dilihat Samsung Galaxy S10 5G kini memegang takhta telefon pintar terbaik DXOMark sekiranya digabungkan skor kamera hadapan dan belakang.


Apa pun, memandangkan rangkaian 5G tidak terdapat di Malaysia, Samsung tidak akan menawarkan telefon pintar ini, dan hanya menawarkan Samsung Galaxy S10e, S10 dan S10+ sahaja.


Norlida Ishak Shop