Expired : 18.06.18

Samsung Galaxy S10 Disahkan Boleh Mengecas Galaxy Buds Secara Nirwayar

Selamat hari Khamis dan kurang dua minggu sahaja lagi Samsung GalayS10 akan dilancarkan secara rasmi. Pelbagai maklumat mengenai spesifikasi, rekaan dan model telahpun tertiris. Satu fungsi yang menarik perhatian ialah PowerShare yang membolehkannya mengecas peranti lain secara nirwayar. Kini sebuah gambar telah tertiris menunjukkan mengapa PowerShare disertakan pada peranti ini.


Ia nampaknya boleh digunakan untuk mengecas fon telinga nirwayar Galaxy Buds secara terus. Dengan kapasiti bateri yang agak kecil, Galaxy Buds pastinya tidak akan menyebabkan Galaxy S10 kehabisan bateri dengan banyak untuk menyokong fungsi PowerShare.


Apa yang diketahui setakat ini ialah PowerShare mengecas pada kuasa 9W yang lebih pantas berbanding Mate 20 Pro. Ramai pengguna pastinya mengharap ia turut boleh digunakan untuk mengecas jam tangan pintar Galaxy Sport.


Norlida Ishak Shop