Expired : 18.06.18

Samsung Galaxy S9+ Mula Menerima Kemaskini Android Pie Di Malaysia

Samsung Malaysia kini nampaknya telah mula memperkenalkan kemaskini perisian terbaru untuk pengguna Galaxy S9+, iaitu kemaskini Android Pie berasaskan kepada One UI yang serba baru.


Samsung Galaxy S9+ Android Pie


Kemaskini yang hadir ini bersaiz sekitar 1.7GB, dimana ia hadir menyertakan antaramuka serba-baru, serta ciri-ciri baru seperti Night Mode, kemudahan membalas mesej daripada notifikasi, kemaskini pada menu tetapan, kebolehan menggunakan telefon ketika dalam mod DeX, dan sejumlah ciri-ciri baru lain.


Bagi anda yang menggunakan Galaxy S9+, anda boleh menyemak kemaskini pada peranti anda hari ini, dan menikmati pelbagai ciri baru yang dibawakan bersama dengannya.



Norlida Ishak Shop