Expired : 18.06.18

Samsung Galaxy Watch Active Kini Boleh Didapati Pada Harga RM499

Samsung Galaxy Watch Active merupakan salah satu jam tangan pintar daripada Samsung yang telah ditawarkan di Malaysia sejak awal tahun ini. Ketika ditawarkan pada April lepas, ia membawakan tanda harga RM799, dan menariknya, bersempena 9.9, kini pihak Samsung menawarkannya pada harga serendah RM499.



Samsung Galaxy Watch Active hadir dengan skrin 1.1-inci AMOLED dengan muka jam bulat, dijana cip Exynos 9110, dilengkapi sokongan kalis air IP68, dan boleh digunakan bersama peranti Android dan iPhone.


Bagi anda yang berminat mendapatkannya, boleh menyemak penawaran Samsung di Shopee hari ini.



Norlida Ishak Shop