Expired : 18.06.18

Samsung Masih Tidak Mempunyai Tarikh Penawaran Galaxy Fold Buat Masa Ini

Samsung sebelum ini telah mengumumkan penangguhan pengenalan Galaxy Fold untuk pengguna umum disebabkan beberapa masalah teknikal, termasuk membatalkan pelancaran peranti berkenaan dibeberapa buah negara – termasuk Malaysia.


Terkini, bercakap kepada Reuters, Samsung mengatakan mereka masih tidak mempunyai sebarang tarikh untuk penawaran peranti berkenaan kepada pengguna umum.


Malah, bercakap lanjut mengenainya, Samsung mengatakan mereka mungkin akan membatalkan pra-tempahan kepada pengguna sekiranya mereka tidak menghantar peranti berkenaan sebelum 31 Mei 2019 ini.


Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkenaan Galaxy Fold ini daripada pihak Samsung dalam masa terdekat ini.


Norlida Ishak Shop