Expired : 18.06.18

Samsung Mempatenkan Rekaan Peranti Boleh-Pakai Dengan Skrin Fleksibel

Pada acara MWC 2019, Nubia telah memperlihatkan peranti boleh-pakai dengan skrin fleksibel menerusi Nubia Alpha. Nampaknya kini Samsung juga dilaporkan sedang membangunkan peranti seumpamanya dengan keupayaan skrin fleksibel.


Ia diperlihatkan melalui sebuah paten yang tertiris daripada laman World Intellectual Property Organisation. Paten ini menyajikan beberapa bentuk gambaran awal bagaimana peranti boleh-pakai ini bakal berfungsi kelak. Paten yang tertiris ini juga tidak menyajikan satu gambar sahaja, tetapi lima kepingan gambaran rajah untuk memudahkan anda membayangkan bentuk peranti ini.



Apa yang menarik, peranti dapat memberikan dua paparan apabila ia dipakai pada lengan pengguna. Apabila anda menggerakkan ikon pada peranti ini, ia akan digerakkan pada kedua-dua paparan skrin secara selari. Peranti ini juga dioptimasikan untuk mana-mana pergelangan tangan, sama ada untuk digunakan pada tangan kiri atau kanan.


Paten yang diperlihatkan ini juga memperlihatkan ia boleh dipakai dalam bentuk berbeza. Ia dilihat sangat fleksibel, sehingga ia boleh dikembangkan menjadi bentuk ‘8’ untuk memudahkan pengguna memakainya.



Walau bagaimanapun, paten ini tidak menyajikan sebarang spesifikasi dan fungsi yang bakal dibawa pada peranti ini kelak. Paten ini diterbitkan pada 13 Jun lalu, namun tiada sebarang maklumat rasmi sama ada ia akan dijadikan produk akhir untuk pengguna.


Norlida Ishak Shop