Expired : 18.06.18

Samsung Padam Iklan Sendiri Yang Memerli Apple Membuang ‘Headphone Jack’

Masih ingatkah anda sewaktu tahun 2016 dimana Apple buat pertama kali melancarkan iPhone tanpa headphone jack? Keputusan yang dibuat Apple ini telah mendapat kecaman daripada pelbagai pihak termasuk Samsung selaku pencabar utama mereka.

Tidak cukup dengan troll daripada netizen, Samsung turut mengeluarkan siri khas di YouTube bagi memerli Apple dengan lebih ‘direct’ sekaligus memaparkan kelebihan telefon pintar Samsung berbanding Apple.

Samsung-Sindir-Apple-1200×636

iklan samsung yang memerli apple


Tiga tahun berlalu, bersempena dengan pelancaran Samsung Galaxy Note 10 baru-baru ini, Samsung dilihat telah membuang sejumlah besar iklan yang memerli Apple.

Dikatakan semuanya disebabkan Samsung akhirnya turut membuat perkara yang sama iaitu tidak menyertakan headphone jack pada model terbaru mereka. Penarikan semula iklan ini secara tidak langsung bakal membuatkan orang ramai ‘terlupa’ dimana syarikat ini pernah memerli Apple soal penyertaan headphone jack.


Rekaan Samsung Galaxy Note 10 yang tidak menyertakan headphone jack


Setakat ini pihak Samsung masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai keputusan yang dibuat. Berikut merupakan video yang kami maksudkan.

Untuk pengetahuan, video ini hanya boleh diakses melalui YouTube Samsung Malaysia dan Samsung Denmark manakala YouTube rasmi Samsung telah membuang video ini.


Norlida Ishak Shop