Expired : 18.06.18

Samsung Sedang Bangunkan Teknologi Perkongsian Seakan AirDrop Milik Apple

Samsung dilaporkan sedang membangunkan teknologi perkongsian persis AirDrop daripada Apple yang dipanggil Quick Share untuk model Galaxy berdasarkan laporan daripada XDA Developers.


Quick Share ini dilaporkan akan diperkenalkan buat pertama kali untuk model Galaxy S yang akan diumumkan bulan hadapan. Quick Share akan membolehkan pengguna Samsung Galaxy (dan mungkin peranti Android yang lain) untuk berkongsi dokumen, gambar dan video dengan lebih mudah antara sama yang lain.




Samsung cloned AirDrop, guys! https://t.co/MgX6hkTG1Y


— Max Weinbach (@MaxWinebach) January 23, 2020



Pengguna juga dapat memilih sama ada mahu berkongsikan atara kenalan sahaja atau terbuka untuk semua. Berbeza dengan AirDrop, Quick Share akan menggunakan simpanan cloud untuk menyimpan buat sementara file yang anda ingin hantar.


Butiran lanjut untuk sistem Quick Share ini masih belum boleh didapati dan kemungkinan besar akan diceritakan dengan lebih lanjut sewaktu acara Samsung Galaxy Unpacked pada 11 Februari ini. Makin berbaloi untuk anda membeli peranti Samsung Galaxy selepas ini.


Samsung mungkin akan menamakan peranti Galaxy akan datang mereka kepada Galaxy S20, melangkau nombor belasan seperti peranti daripada jenama lain.



Selepas Galaxy S10, Samsung Mungkin Terus Langkau Memperkenalkan Galaxy S20





Samsung Galaxy Fold, Peranti Paling Unik Dan Inovatif Untuk 2019





Samsung Sekali Lagi Eksperimen Dengan Telefon Pintar Boleh Lipat