Expired : 18.06.18

Sanggup pilih janda, isteri dedah diceraikan PU Abu ketika sarat hamil

Bekas isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu, Ain Afini tampil mendedahkan bahawa dia telah diceraikan oleh lelaki itu bulan lalu untuk berkahwin dengan seorang janda bernama Hana Azra.

Menerusi laman Instagram miliknya, Ain memberitahu bahawa bekas suaminya itu sanggup memilih ibu tunggal berkenaan dan melepaskan dirinya yang sedang hamil dengan kandungan mencecah usia tujuh bulan.



Namun, pendedahan itu dilakukan bukan untuk memperbesarkan isu terbabit sebaliknya hanya mahu menyatakan kebenaran setelah ada beberapa pihak bertanya mengenai status rumah tangga mereka.

Menurut Ain, dia cuba untuk tidak bercerita tentang bekas suaminya sudah berkahwin dengan wanita lain. Namun lelaki berusia 25 tahun itu dan Hana sendiri telah membuka aib masing-masing.



Tambah Aina, kedua-dua pihak keluarga sudah cuba untuk menyelamatkan rumah tangga mereka namun sudah adat ketika bercinta, hati si lelaki terus jadi buta.





Abu atau nama sebenarnya Muhd. Abu Sufyan Mohd. Mokhtar Rozaidi merupakan salah seorang peserta PU musim ketiga pada tahun 2015.


Sumber : Ain Afini via infobenar

Norlida Ishak Shop