Expired : 18.06.18

Sarapan roti Gardenia, Najib buat warga maya terliur

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan syukur kerana berpeluang menikmati sarapan roti Gardenia. — Foto ihsan Instagram/Najib Razak
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan syukur kerana berpeluang menikmati sarapan roti Gardenia. — Foto ihsan Instagram/Najib Razak

KUALA LUMPUR, 8 April — Tindakan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memuat naik foto bersarapan roti Gardenia di media sosial mengundang pelbagai reaksi ramai.


Najib memuat naik foto hari ini sambil mengucapkan syukur kerana dapat menikmati roti keluaran syarikat tersebut.


“Benda rare (susah dapat) zaman PKP ini. Syukur,” katanya di Instagram.


Perkongsian Najib setakat ini disukai lebih 21,000 warga maya selain mendapat hampir 1,000 komen.


Sebelum ini, bekalan roti Gardenia dikatakan agak terhad memandangkan ia sering kehabisan sama ada di pasar raya mahupun kedai runcit.


Terdahulu, pengikut Najib di Instagram turut mengucapkan syukur kerana bekas perdana menteri itu berpeluang menikmati roti Gardenia sedangkan terdapat individu yang masih sukar mendapatkan bekalan produk tersebut.


“Sedap tu datuk. Nak beli sampai kena kejar lori,” kata Mirul Fitr.


“Untunglah makan roti. Setiap kali hendak beli hanya rak yang tinggal,” kata Syafiqa Nurain pula.