Expired : 18.06.18

‘Saya adalah individu bersama dalam video itu’ – Haziq Aziz

SEORANG lelaki memperkenalkan diri sebagai Haziq Aziz memuatnaik satu hantaran video di Facebook dengan membuat pengakuan bahawa dia adalah individu bersama lelaki mirip seorang menteri kabinet dalam video intim yang tersebar sejak semalam.


Lelaki tersebut memuatnaik video berdurasi 35 saat itu pada pukul 2.31 pagi tadi di laman Facebook Haziq Aziz.


Walaupun rekod menunjukkan laman Facebook itu sudah wujud sejak tahun 2009, namun semua kandungan termasuk hantaran-hantaran sebelum ini sudah dipadam kecuali video yang baru dimuatnaik itu.


Dalam video tersebut, lelaki berkenaan memberitahu, video itu diambil tanpa kebenarannya pada 11 Mei 2019 di Hotel Four Points, ketika berlangsungnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan.


“Saya Haziq Aziz. Saya dengan ini membuat pengakuan bersumpah bahawa sayalah individu bersama Azmin Ali dalam video yang telah viral semalam. Video itu telah diambil tanpa kebenaran saya,” katanya dalam video berkenaan.






To my fellow Malaysians


Posted by Haziq Aziz on Selasa, 11 Jun 2019



Semakan New Malaysian Post mendapati, lelaki tersebut adalah Haziq Abdullah Abdul Azis yang merupakan Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.


Shamsul Iskandar merupakan Ketua Penerangan PKR yang juga Ketua Cabang PKR Jasin.







[MAKLUMAN]Encik Haziq Abdul Aziz telah dilantik sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama berkuatkuasa hari ini 15 Januari 2019.Sekian, harap maklum


Posted by Shamsul Iskandar Mohd Akin on Selasa, 15 Januari 2019



Beberapa keping gambar dan video ‘intim’ mirip seorang menteri kanan tersebar sejak semalam.


Klip video itu memaparkan dua lelaki berada di katil dalam keadaan tidak berpakaian, melakukan beberapa aksi seksual dengan salah seorang daripadanya kelihatan seperti menyerupai menteri kabinet.


BACA juga: Video intim mirip menteri kabinet tersebar


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang ditanya pemberita dalam sidang akhbarnya semalam berkata tidak tahu mengenai perkara tersebut.


Blok parti pembangkang, UMNO dan PAS pula mengutuk penyebaran gambar dan video terbabit sambil menyifatkannya sebagai politik kotor dan tidak bertanggungjawab.


ANTARA sedutan dalam video intim yang turut melibatkan seorang lelaki mirip seorang menteri kabinet yang tersebar di laman sosial termasuk melalui aplikasi Whatsapp sejak semalam.

Penyebaran video itu berlaku di tengah-tengah spekulasi wujudnya pergolakan dalaman antara dua kem dalam PKR, khususnya percanggahan pandangan membabitkan pelantikan bekas pemimpin dalam parti itu, Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru.


Wujud kecenderungan untuk melihat perbezaan itu sebagai perpecahan antara kem Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


Beberapa pemimpin PKR seperti Nik Nazmi Ahmad dan Tan Yee Kew yang diketahui akrab dengan Anwar menentang pelantikan tersebut, lebih-lebih lagi wujud tanggapan bahawa Latheefa dikenali sebagai peguam yang sering mengkritik Anwar.


Pendekatan kritikal Latheefa terhadap Anwar membuatkan dia dilihat sebagai berada dalam kem Mohamed Azmin sebelum ini.


Latheefa bagaimanapun meletakkan semua jawatan dalam PKR selepas dilantik menerajui SPRM.


Sementara itu, Haziq dalam klip video berkenaan turut mendesak supaya SPRM menyiasat Azmin Ali (dipercayai merujuk kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) atas tuduhan korupsi.


“Saya menggesa SRPM untuk menyiasat Azmin dengan tuduhan korupsi. Beliau bukanlah seorang yang layak menjadi seorang pemimpin,” katanya dalam klip video berkenaan. – NMP


The post ‘Saya adalah individu bersama dalam video itu’ – Haziq Aziz appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop