Expired : 18.06.18

“Saya Bersama Madu, Ibu Dan Anak Ke Mekah Menunaikan Umrah,” – Zarina Zainuddin


Pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin memohon maaf buat semua sebelum berangkat ke tanah suci bagi menunaikan umrah, awal semalam.


Perkara tersebut disampaikan bintang senior ini menerusi Instagram, yang turut merakamkan entri salah seorang anak istimewanya, Muhammad Raizal Azrai (Azal) yang membacakan doa serta ucapan maaf sebelum berangkat.


Selain Azal, turut sama menyertai rombongan ke tanah suci ialah madunya, Datin Seri Hajah Norhasimah Mohd Noor serta ibu Zarina.




“Assalamualaikum. Saya ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki diatas segala dosa dan kesilapan saya sama ada dari segi percakapan atau perbuatan.


“Saya bersama madu saya Datin Seri Hajah Norhasimah Mohd Noor ,ibu saya Zahura binti Abdul Mutalib dan anak saya, Muhammad Raizal Azrai bin Abu Raihan akan ke Mekah menunaikan umrah bersama saudara jemaah yang lain ,doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik dan mendapat umrah yang mabrur,” tulisnya.


Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat termasuk rakan selebriti mendoakan yang terbaik dan semoga semuanya dipermudahkan sepanjang berada di sana.



Foto: Instagram Zarina Zainuddin


Norlida Ishak Shop