v “Saya Hanya Mampu Tergelak Sahaja” – Boy Iman Diisytihar Muflis
Expired : 18.06.18

“Saya Hanya Mampu Tergelak Sahaja” – Boy Iman Diisytihar Muflis

Pelakon Boy Iman telah diisytiharkan muflis selepas gagal sebagai penghutang penghakiman untuk membayar tuntutan lebih RM60,000 yang dibuat seorang individu pada tahun lepas.

Hal ini berlaku selepas Boy Iman menerusi syarikatnya, DBI Technology Sdn Bhd telah menjalankan program pembinaan rumah mampu milik yang lebih dikenali sebagai DBI Homes pada tahun 2017.

boy iman muflis

Advertisement
Menurut peguam yang mewakili pemiutang, dia telah menyertai program untuk pembinaan rumah jenis Ilham itu dengan kos sebanyak RM50,000 dan dibayar secara penuh.

Meskipun rumah itu dijanjikan akan siap dalam tempoh 6 bulan, namun projek itu akhirnya terbengkalai dan pemiutang penghakiman yang berasa tertipu berhasrat untuk membatalkan kontrak. Selain turut meminta Boy Iman memulangkan semula wangnya.

“Namun, pihak Boy Iman terus mendiamkan diri dan anak guam kami mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut haknya serta pembelaan ke atas diri sendiri kerana menjadi mangsa ‘scam’.”

Kes yang berjalan sejak tahun 2019 itu akhirnya menemui titik noktah selepas Boy Iman diisytiharkan muflis oleh pihak mahkamah.

Selain itu, prosiding guaman sivil sudah dijalankan dalam tempoh itu dan pihak Boy Iman gagal membuat pembelaan diri terhadap tuntutan dibuat. Justeru, prosiding kebankrapan difailkan terhadap Boy Iman.

boy iman muflis

Advertisement

Boy Iman yang mendapat tahu mengenai perihal dirinya diisytiharkan muflis tersebut menerusi laporan media mengatakan bahawa dia hanya mampu tergelak sahaja.

Bahkan lelaki itu mendakwa bahawa dia langsung tidak tahu menahu langsung mengenai sebarang tindakan undang-undang yang bakal dijatuhkan kepadanya sebelum ini.

“Saya pun baru tahu selepas membaca laporan disiarkan media sebentar tadi. Baru je baca, dan memang tak tahu apa-apa atau tak terima sebarang notis pun.”

Boy Iman juga menyatakan bahawa pihak peguamnya juga menyatakan hal yang sama lantas dia tidak mampu melakukan apa-apa buat masa ini.

Sumber: Harian Metro & MalaysiaKini