Expired : 18.06.18

“Saya ‘hutang’ dia sudah lama, rasanya dekat tujuh tahun.” – Lee Chong Wei Mahu Selesaikan Hutang Terhadap Isteri

Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mahu menyelesaikan ‘hutang’ terhadap isterinya, Datin Wong Mew Choo untuk pergi berbulan madu selepas tujuh tahun berkahwin.


Menurut Chong Wei, sekarang merupakan masa yang sesuai untuk dia dan isteri pergi untuk berbulan madu.


“Sebab utama bersara adalah kerana saya perlu banyak berehat. Lagi satu, saya ada ‘hutang’ dengan isteri sebab selama berkahwin pada tahun 2012 kami belum sempat honeymoon lagi.


“Saya ‘hutang’ dia sudah lama, rasanya dekat tujuh tahun. Ini kerana seperti yang anda tahu, sebagai atlet badminton saya lebih banyak menghabiskan masa untuk latihan dan menyertai pelbagai kejohanan.


“Saya rasa ini adalah masa terbaik untuk saya berehat dan meluangkan lebih banyak masa bersamanya.


“Memandangkan anak pun dah ada dua orang, jadi selepas ini saya akan ada banyak masa untuk bersama dan bawa mereka pergi bercuti,”




Chong Wei dan Mew Choo telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.


Chong Wei berkata demikian ketika menyampaikan ucapan persaraan beliau di Menara KBS, Putrajaya, Khamis.


Semalam, Chong Wei sah mengumuman pesaraannya selepas 19 tahun berada dalam arena sukan badminton.


Menurut Chong Wei, keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada doktor akibat masalah kanser hidung yang dihadapinya.


Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD


Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia


Sumber: Leechongweiofficial via gempak



Norlida Ishak Shop