Expired : 18.06.18

Saya mahukan pendidikan negara ini berteraskan nilai - Dr Maszlee



Saya selalu ditanya tentang apa yang akan dilakukan kepada sistem pendidikan negara kita. Saya menjawab dengan menyebutkan tiga istilah, "kasih-sayang, "kegembiraan" dan "saling menghormati".



Saya mahu pendidikan kita pendidikan yang berpaksikan kepada nilai. Saya mahu nilai menjadi teras, baik di peringkat universiti sehinggalah di peringkat pendidikan awal. Guru misalnya, saya mahu mereka cintakan dunia mendidik mereka, gembira mendidik anak bangsa sehinggalah mereka boleh melahirkan insan yang mempunyai peribadi yang unggul.

Tidak hanya hala tuju, perlaksanaannya juga saya ikuti secara dekat.

Di dalam Amanat Tahun 2019 yang saya sampaikan 14 Januari yang lalu, saya ketengahkan lagi, di antara hala tuju pendidikan negara kita ialah pendidikan berteraskan nilai (values-driven education). Saya mahu semua pihak melihat 'nilai' sebagai teras dan perubahan sistem pendidikan kita mesti berpusatkan kepada nilai.




Saya juga bertemu ramai guru dan bertanya kepada mereka. Saya risau sekiranya penetapan hala tuju sebegini akan membebankan walaupun niat saya adalah sebaliknya. Ramai yang mencadangkan supaya saya mengumpul cerita-cerita tentang kreatifnya guru-guru dalam melaksanakan hala tuju ini melalui pendekatan mereka di dalam kelas. Hal ini akan membolehkan saya mendapat perkembangan real dan praktikal di samping saya juga boleh mengumpulkan cerita-cerita yang menginspirasikan untuk disebarkan.

Justeru, saya mengalu-alukan para guru, anak murid, ibu bapa atau sesiapa sahaja untuk berkongsi cerita mereka tentang usaha mereka dalam menerapkan nilai kepada pelajar, anak, dan sesiapa sahaja dalam hidup mereka.





Kongsikan cerita-cerita itu dengan memasukkan tagar (hashtag) #pendidikanberteraskannilai





Share this




Cikgu Share





Related Posts




Norlida Ishak Shop