Expired : 18.06.18

"Saya Memang Selalu Over!" - Wann Sedia Tersingkir, Tak Fikir Soal Kalah Menang

Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Wann tidak tertekan dengan kedudukan terakhir pada konsert minggu ketujuh yang berlangsung penuh meriah malam tadi.

Jelas Wann, dia pada mulanya sudah bersedia seandainya namanya tidak tersenarai untuk meneruskan perjuangan pada minggu hadapan.

"Saya tak kecewa, tak rasa tertekan pun. Kalau tersingkir, saya boleh balik rumah. Saya sudah bersedia!

"Malah, daripada awal lagi saya menyertai GV sebab nak membuat persembahan di pentas.

"Alhamdulillah, masih diberikan peluang untuk beraksi pada minggu hadapan dan ramai yang masih menyokong saya," katanya kepada Gempak.

Tambah Wann lagi, dia sudah memberikan usaha sehabis baik dalam setiap persembahannya setiap minggu walaupun tugasan lagu yang diberikan keluar daripada zon selesanya.

"Saya penyanyi, ini kerjaya saya. Jadi, apa sahaja lagu yang diberikan sudah menjadi tanggungjawab saya untuk melunaskannya sehabis baik.

"Sudah berzaman saya menyanyi, maka saya buat sahaja.

"Kalau nak cakap saya ekstrem, ya saya memamg over! Saya menyanyi ikut apa yang saya mahu nyanyi," ujar Wann.

Dalam persembahannya menerusi lagu Terlalu Memuja (Wany Hasrita), Wann mendapat komen daripada juri bahawa ekspresi nyanyiannya terlalu ekstrem hingga menjejaskan sebutan lirik lagu terbabit.

Malah, persembahan Wann meletakkannya di kedudukan tercorot antara kesemua sembilan bintang GV2019 yang masih bertanding.

Mujur nasib Wann masih terselamat apabila minggu ketujuh menyaksikan tiadanya penyingkiran dengan pengumuman pertambahan tiga minggu lagi menjelang final.

GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Adabi, Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.


Norlida Ishak Shop