Expired : 18.06.18

Saya Silap Dan Bodoh Ketika Itu, Mahu Jumpa Pak Ya Minta Maaf – Lan Pet Pet

Berikutan kontroversi tindakannya mengasari dan memukul seorang pengawal keselamatan warga emas baru-baru ini, pelawak Lan Pet Pet berhasrat mahu bertemu empat mata dengan mangsa, Yahya Manap atau mesra dengan panggilan Pak Ya untuk memohon maaf.



Lan mengakui apa yang beliau lakukan itu adalah satu kesalahan besar dan menerima apa sahaja respon Pak Ya.


Saya dengan rendah diri memohon maaf daripada Yahya dan keluarga. Saya ikhlas dan sanggup berhadapan apa sahaja. Saya silap dan bodoh ketika itu.



Saya sanggup berhadapan Yahya dan keluarganya. Apa yang lebih penting, saya dapat bertemu, meleraikan kekusutan dan memohon maaf. Selebihnya terserahlah kepada Yahya, saya terima dengan hati terbuka.


Kata Lan, sebagai manusia beliau tidak lepas daripada melakukan kesilapan dan menjelaskan beliau sebenarnya tidak sengaja bertindak di luar kawalan. Tidak sangka, insiden itu menjadi viral.


Menjadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran dalam hidupnya, Lan berjanji beliau tidak akan lagi mengulangi perbuatan itu lagi. Dengan hati yang ikhlas, beliau sekali lagi memohon maaf.


Sumber Berita : BH ONLINE


Norlida Ishak Shop