Expired : 18.06.18

“Saya Sudah Maafkan Mahathir” – Anwar





“Saya Sudah Maafkan Mahathir” – Anwar. KETUA Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan bertindak sebagai rakyat biasa untuk memberikan sokongan kepada pimpinan kerajaan baharu. Beliau juga menyatakan tidak menyimpan sebarang dendam terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.



“Saya Sudah Maafkan Mahathir” – Anwar


“Mahathir komited dengan agenda negara selain konsisten kepada perubahan.


“Keutamaan saya pada ketika ini adalah kepentingan rakyat dan saya sudah memaafkan beliau (Dr Mahathir),” katanya dalam sidang media khas sebaik dibebaskan di kediamannya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur.





Anwar berkata, beliau juga tidak mempunyai isu peribadi dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Menyentuh mengenai kabinet, Anwar berkata itu adalah keputusan Perdana Menteri kerana beliau mempunyai kuasa prerogatif.


“Namun begitu, perlu ada rundingan dalam semua kepimpinan Pakatan Harapan,” katanya.


Dalam perkembangan lain,


Anwar menyatakan beliau tidak menentang pelaburan dengan kerajaan China namun harus meneliti dan mengkaji segala perjanjian sebelum ini.


Menyentuh pembebasannya dari penjara, Anwar menghargai khidmat oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara Malaysia yang memberikan layanan memuaskan sepanjang beliau menjalani hukuman penjara.


“Terima kasih juga kepada Dr Mahathir, kerana mempermudahkan proses ini (Pengampunan Diraja).


“Ini sekali gus membersihkan saya dari segala tuduhan sebelum ini,” katanya. – myMetro


Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih





Norlida Ishak Shop