Expired : 18.06.18

“Saya Tak Akan Tidur Dalam Bilik Itu Lagi… “- BCL Trauma Untuk Tidur Selepas Pemergian Ashraf Sinclair




Mya Amri



Hiburan


“Saya Tak Akan Tidur Dalam Bilik Itu Lagi… “- BCL Trauma Untuk Tidur Selepas Pemergian Ashraf Sinclair
Pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) akui mengalami kesukaran dan trauma untuk tidur di bilik tidurnya selepas pemergian suami tersayang, Ashraf Sinclair, lapor Awani

Ibu kepada Noah Aidan itu mendedahkan perkara itu kepada sahabat karibnya, Aming.

Menurut Aming, BCL turut menyatakan ketakutan untuk tidur seorang diri di dalam bilik dia dan Ashraf.

“Ming, saya takut untuk tidur di dalam bilik..saya tak akan tidur di dalam bilik itu lagi,” kata BCL kepada Aming berkali-kali.
 
BCL turut memberitahu kejadian yang berlaku kepada suaminya di dalam bilik mereka sebelum Ashraf disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas itu.
 
“BCL hanya meninggalkan Ashraf dalam waktu yang singkat untuk membersihkan dirinya. Sebaik kembali ke bilik, Ashraf sudah tidak bergerak dan mulutnya berbuih,” kata Aming.
 
BCL atau lebih dikenali dengan jolokan Unge dalam kalangan rakan-rakan terus membawa Ashraf ke  Metropolitan Medical Centre (MMC), namun Ashraf gagal diselamatkan.
 
“Sebelum kejadian, mereka berdua sempat bergurau dan berbual-bual. Kini BCL hanya berehat dan tidur di sebuah bilik lain di rumahnya,” jelas Aming.
 
Terdahulu, berita pemergian Ashraf mengejutkan industri hiburan di Malaysia dan Indonesia.
 
Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair lahir di London, England pada 18 September 1979.
 
Beliau mengahwini penyanyi Bunga Citra Lestari pada 2008.
 
Allahyarham juga merupakan abang kepada penyampai radio Mix FM dan pelakon Aishah Sinclair, 39.

Sumber: Astro Awani